Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut, helikopter bomba terhempas
  • GLOBAL

Dua maut, helikopter bomba terhempas

Utusan Sarawak 5 years ago
Helikopter bomba terhempas di gunung Jiri di wilayah selatan Korea Selatan ketika misi menyelamatkan dua pendaki di gunung itu. – Foto Yonhap

SEOUL: Dua maut selepas sebuah helikopter jabatan bomba dinaiki tujuh penumpang terhempas di gunung Jiri di wilayah selatan Korea Selatan semalam.

Helikopter dalam misi menyelamat dua pendaki itu terhempas di puncak Cheonwangbong di daerah Sancheong, wilayah Gyeongsang Selatan pada  jam 12.07 malam, lapor agensi berita Yonhap

Menurut jabatan bomba, helikopter itu membawa tujuh penumpang, lima kru dan dua pendaki iaitu lelaki berusia 65 tahun yang mengalami masalah jantung dan isterinya.

Pasangan itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Lima pekerja penyelamat tidak mengalami kecederaan serius kerana ketika terhempas helikopter itu sedang terbang rendah.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas. – Bernama

Continue Reading

Previous: WHO ucap tahniah kepada Wuhan
Next: AS guna ubat Remdesivir rawat pesakit Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.