Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida

Facebook
WhatsApp
DUA maut selepas pesawat ringan terhempas di Coral Springs, Florida, pesawat dilaporkan dalam misi bantuan ke Jamaica susulan Taufan Melissa. Foto Agensi

WASHINGTON: Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu.

Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.

Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara