

LAWAS: Polis Daerah Lawas telah menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah kelmarin.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan pertama dilakukan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor, jalan Trusan Lawas.
“Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun, tiada pekerjaan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil pemeriksaan badan telah menjumpai dan merampas satu kertas aluminium berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.21 gram.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth.
Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada hari yang sama, 1.40 petang, bertempat di Jalan Banting Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Edrus