Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki terbabit samun dan curi kenderaan
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki terbabit samun dan curi kenderaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA penjenayah telah ditahan oleh pihak polis IPD Meradong. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Tindakan pantas polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes samun tanpa senjata api dan curi kenderaan serta menemukan semula kenderaan yang dilaporkan hilang dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 12.30 tengah hari oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

Katanya, tangkapan dibuat di kawasan Jalan Sungai Labas, Bintangor dan Jalan Repok, Sarikei susulan siasatan berhubung kes samun tanpa senjata api dan curi kenderaan yang dilaporkan di bawah Bintangor/Rpt/1292/2026.

“Pihak polis juga turut menjumpai semula kenderaan yang dilarikan oleh kedua-dua suspek di kawasan semak Sungai Buloh, Bintangor dan kenderaan yang digunakan oleh suspek semasa melakukan samun di Jalan Repok, Sarikei.

“Rampasan dan suspek kemudian dibawa balik ke IPD Meradong untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Saringan urin ke atas suspek telah dibuat dan didapati salah seorang suspek positif dadah methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

“Suspek kini di reman dan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 379A Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum dengan penjara boleh sehingga 20 tahun dan sebat atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tegasnya, kejayaan tersebut membuktikan komitmen berterusan pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Pihak polis khususnya IPD Meradong menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan jenayah.

“Saya menggesa kepada orang ramai memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti jenayah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa peka terhadap persekitaran dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi membantu usaha pencegahan jenayah di daerah ini.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan hampir RM95,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.