Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan di Bau kerana memiliki dan menyalahgunakan dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan di Bau kerana memiliki dan menyalahgunakan dadah

Utusan Sarawak 2 hours ago
DUA suspek ditahan kerana dadah.

BAU: Polis menahan dua lelaki tempatan dalam dua operasi berasingan di sekitar Kampung Seromah dan Kampung Serikin di sini petang semalam kerana disyaki memiliki dan menyalahgunakan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dilakukan kira-kira 5.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau.

Beliau berkata, seorang buruh berusia 39 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Seromah selepas polis menemui satu paket plastik lutsinar kecil yang mengandungi dadah disyaki syabu seberat 0.31 gram.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya. Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya. 

Dalam operasi berasingan, polis menahan seorang buruh berusia 28 tahun dari Kampung Serikin yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Menurut Mohd Haide, suspek kedua turut didapati positif amphetamine dan methamphetamine melalui ujian saringan awal air kencing dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nilai anggaran dadah yang dirampas adalah RM30 dan tiada rampasan lain dibuat dalam operasi tersebut.

Awal mendapati kedua dua suspek dipercayai mengaku mengambil syabu pada hari yang sama sebelum ditahan.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga emas rugi RM9.081 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.