Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, dalangi tiga kes pecah rumah di Kabong demi dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, dalangi tiga kes pecah rumah di Kabong demi dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS berjaya menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam tiga kes pecah rumah di kawasan Kabong selepas menerima laporan daripada mangsa pada 21 April lalu. Foto IPD Saratok

SARATOK: Kegiatan dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan pecah rumah di sekitar Daerah Kabong akhirnya tumpas selepas kedua-duanya berjaya diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata tangkapan melibatkan dua lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Menurut beliau, penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang mangsa pada 21 April lalu selepas mendapati rumahnya di Kampung Kabong telah dipecah masuk.

Beliau berkata, kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 19 Mac lalu apabila mangsa, yang berusia 34 tahun itu mendapati pintu belakang rumahnya dicungkil sebelum sebuah mesin pemotong rumput jenis Stihl FS 3001 bernilai kira-kira RM800 dilarikan.

Hasil risikan dan tindakan pantas polis membawa kepada penahanan kedua-dua suspek di Kabong pada 21 April lalu.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku memasuki rumah mangsa dengan membuka skru pada engsel mangga pintu belakang sebelum melarikan barangan berharga.

Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai hasil curi yang disembunyikan di rumah suspek pertama di Kampung Perpat, termasuk mesin rumput milik pengadu, sebuah pam air, kipas angin jenama Panasonic, tong gas serta pemutar skru dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut.

“Soal siasat lanjut mendapati kedua-dua suspek turut terlibat dalam dua lagi kes pecah rumah dan curi di kampung sama pada 20 Mac dan 19 April lalu,” katanya.

Siasatan juga mendapati motif utama jenayah berkenaan adalah untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati suspek kedua mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, manakala permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Dengan penahanan itu, polis percaya sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di kawasan Kabong berjaya diselesaikan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dua jenis dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor
Next: Syarikat tempatan tawar kepakaran naik taraf senjata api M16 dan MP5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.