Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan bersama 17 katrij vape disyaki mengandungi ganja
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan bersama 17 katrij vape disyaki mengandungi ganja

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEDUA suspek ditahan bersama 17 katrij vape mengandungi cecair dadah jenis ganja. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Dua lelaki berumur 22 dan 23 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki 17 katrij vape mengandungi cecair dadah jenis ganja dalam serbuan di Jalan Nyelong Bypass semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis berkata, kedua-dua suspek tersebut ditahan kira-kira 2.00 petang oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.

Katanya, polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios di belakang sebuah bangunan di Jalan Nyelong Bypass selepas mendapati kedua-dua lelaki tersebut berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua suspek telah menjumpai 17 paket berwarna hitam berlambang kuda berwarna keemasan dan tertera huruf ‘H’, masing-masing mengandungi katrij vape berisi cecair dadah jenis ganja.

“Jumlah anggaran berat kasar adalah 42.5 gram. Kedua-dua suspek seterusnya ditangkap dan dibawa ke pejabat BSJND Sarikei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Oleh yang demikian, pihak polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah tampil dan menyalurkan maklumat melalui 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan 017-5922211 (JSJN Sarawak),” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Suri rumah rugi RM126,910 terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian
Next: Lelaki warga emas ditahan kes curi dompet di GalaCity

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.