Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis dalam Ops Tapis di Betong
  • JENAYAH

Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis dalam Ops Tapis di Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA polis berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini selepas menahan dua lelaki tempatan dalam Ops Tapis yang dijalankan tengah hari tadi. Foto: IPD Betong

BETONG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini menerusi penahanan dua lelaki tempatan dalam satu operasi khas yang dijalankan hari ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dalam kenyataan media memaklumkan bahawa kedua-dua suspek ditahan dalam Ops Tapis sekitar 12.30 tengah hari di kawasan Betong hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya.

Menurut beliau, suspek yang masing-masing berumur 31 dan 44 tahun dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah selain turut memiliki bahan terlarang tersebut ketika ditahan.

Hasil saringan awal ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Siasatan lanjut turut mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, sekali gus menguatkan lagi penglibatan mereka dalam aktiviti jenayah tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan. 

Turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, serta Seksyen 15(1)(a) bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan akan terus mempergiat operasi bagi membanteras jenayah tersebut.

Beliau turut menyeru orang awam agar terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan masing-masing demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terjamin.

Oleh Adi Safaman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: IPD Miri perketat penguatkuasaan, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi
Next: Pasukan Operasi 3 Briged gagalkan cubaan seludup dadah di Serikin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.