Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pasukan Operasi 3 Briged gagalkan cubaan seludup dadah di Serikin
  • JENAYAH

Pasukan Operasi 3 Briged gagalkan cubaan seludup dadah di Serikin

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki warga Indonesia ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia selepas dipercayai cuba menyeludup pelbagai jenis dadah melalui laluan haram di kawasan sempadan Serikin, Bau.

SERIKIN: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ke Indonesia dalam satu operasi di kawasan sempadan, malam tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) dalam kenyataan memaklumkan, kejayaan itu dicapai hasil tindakan pantas satu seksyen dari Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) di bawah Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged).

Menurut kenyataan tersebut, pasukan operasi telah mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang membawa bungkusan dan cuba melintasi sempadan dari Malaysia ke Indonesia melalui laluan haram.

Suspek kemudian ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri. Hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit dipercayai dalam usaha menyeludup dadah dari Malaysia ke negara jiran.

Pemeriksaan ke atas bungkusan yang dibawa menemukan pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM127,350.

SEJUMLAH bungkusan disyaki syabu, pil Eramin 5 serta cecair vape mengandungi bahan terlarang dalam operasi yang dijalankan oleh pasukan 3 Briged.

Antara yang dirampas ialah dadah jenis syabu seberat 795 gram bernilai RM119,250, sebanyak 250 biji pil Eramin 5 bernilai RM7,500 serta tiga botol cecair vape disyaki mengandungi bahan terlarang bernilai RM600.

Suspek bersama semua rampasan kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejayaan tersebut disifatkan sebagai satu pencapaian penting dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dadah serta jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan.

TDM menegaskan akan terus memperketat kawalan keselamatan di persempadanan bagi memastikan kawasan Sarawak dan Sabah bebas daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.

Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti lintas batas secara haram digesa untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan berkenaan secara lebih berkesan.

Continue Reading

Previous: Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis dalam Ops Tapis di Betong
Next: Tiga dipenjara, 21 didenda kes dadah di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.