Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Miri perketat penguatkuasaan, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi
  • JENAYAH

IPD Miri perketat penguatkuasaan, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi

Utusan Sarawak 9 hours ago
TAKLIMAT…Sesi taklimat yang diadakan di Dewan Ruai Kenyalang IPD Miri oleh ASP Lee Yen Fang kepada semua pegawai dan anggota terlibat, malam tadi.

MIRI: Sebanyak 23 saman dikeluarkan dan seorang wanita warga asing ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, malam tadi.

Menurut kenyataan IPD Miri, operasi tersebut melibatkan 34 pegawai dan anggota polis yang melaksanakan pelbagai tugasan termasuk sekatan jalan raya, rondaan berkereta, pemeriksaan mengejut serta pemeriksaan di pusat hiburan.

Terdahulu, taklimat operasi telah diadakan di Dewan Ruai Kenyalang IPD Miri yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Miri, ASP Lee Yen Fang kepada semua pegawai dan anggota terlibat.

PEMERIKSAAN di pusat hiburan turut dijalankan dengan melakukan saringan air kencing ke atas individu disyaki.

Op bersepadu bermula sekitar 10.00 malam dengan pelaksanaan sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya, dengan 23 saman dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur kenderaan, ketiadaan cermin sisi, ekzos diubah suai, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut standard serta cukai jalan tamat tempoh.

Dalam operasi sama, seorang wanita warga asing turut ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

PEMERIKSAAN terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu, rondaan berkereta dan pemeriksaan mengejut turut dijalankan di kawasan taman perumahan, kampung serta jalan utama sebagai langkah ‘omnipresence’ bagi mencegah dan membanteras jenayah.

Pemeriksaan di pusat hiburan juga dilaksanakan dengan saringan air kencing terhadap individu disyaki, yang mana tiga individu didapati positif dadah dan ditahan untuk tindakan lanjut.

PERIKSA…Penunggang motosikal turut diperiksa dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, malam tadi.

IPD Miri memaklumkan operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh pencegahan jenayah serta meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan awam, sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat terpelihara.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: VNT kelas C ditahan tangkap ikan kurang 7 batu nautika dari pantai
Next: Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis dalam Ops Tapis di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.