Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki dicekup dalam operasi membanteras dadah di Bintangor
  • JENAYAH

Dua lelaki dicekup dalam operasi membanteras dadah di Bintangor

Utusan Sarawak 12 hours ago
DUA lelaki dicekup pasukan polis di Ops Tapis Khas, hari ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki diberkas bersama dadah disyaki jenis syabu, manakala seorang lagi ditahan selepas didapati positif dadah dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira 11.15 pagi oleh sepasukan polis Pasukan Khas IPD Meradong ketika menjalankan operasi di tepi Jalan Pedada.

Katanya, pemeriksaan terhadap seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun tersebut menemukan satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih yang disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) di dalam beg sandang hitam jenama “SHENTIAN” yang dipakainya.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek tersebut di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media.

Tambahnya, dalam kes kedua kira-kira 12.55 tengah hari, pasukan sama menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 35 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat BSJND Meradong, didapati suspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Tansli berkata, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” katanya.

Tegasnya, polis memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penghuni PUSPEN ketagihan dadah dan gangguan mental akibat dadah sintetik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.