Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki cedera tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan
  • KEMALANGAN

Dua lelaki cedera tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan

Utusan Sarawak 6 months ago

Keadaan di lokasi kemalangan

BEKENU: Dua lelaki yang tersepit dan cedera selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan kejadian itu daripada orang awam pada jam 9.45 pagi.

Berikutan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera dikerah ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer (km) di Kampung Satap Jalan Bekenu.

Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie berkata, setiba di lokasi kejadian jam 10.28 pagi, PKO mendapati terdapat dua lelaki yang tersepit dan tercedera di dalam kereta jenis Proton Iswara.

“Turut didapati seorang lelaki (mangsa) di dalam Isuzu D-Max cedera di dada akibat terhentak pada ‘steering’, manakala dua orang lagi di dalam lori Isuzu terselamat.

“Pasukan PKO membuat perawatan awal dengan memasang alat penyangga leher kepada dua mangsa yang cedera.

“Seterusnya PKO menggunakan peralatan khas untuk membuka ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” jelasnya.

Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan iaitu kereta Proton Iswara dan Isuzu D-Max (pancuan empat roda) serta lori Isuzu.

“Proton Iswara dan Isuzu D-Max telah terbabas di dalam parit di sebelah kiri bahu jalan dari arah pasar Bekenu.

“Sementara itu, mangsa yang berjaya dikeluarkan terus diserah kepada pihak perubatan (KKM) untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Selain itu, PKO turut bertindak memotong kabel bateri kenderaan untuk memastikan tiada kemungkinan bahaya lain. 

Operasi tamat pada jam 11.28 pagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Tiga wanita selamat, kereta Land Cruiser terbakar
Next: Lima terselamat kenderaan 4WD kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.