Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki bersama seorang wanita ditahan, disyaki edar dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki bersama seorang wanita ditahan, disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 7 months ago

DIRAMPAS... Barang yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Polis menahan dua lelaki bersama seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam serbuan sekitar jam 3.20 petang itu, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri turut menjumpai satu kotak tertera perkataan ‘fragile’.

“Hasil pemeriksaan di dalam kotak tersebut terdapat dadah disyaki jenis ganja seberat 1,100 gram dan satu bekas tin berwarna merah di dalamnya terdapat dadah disyaki jenis ganja seberat 0.4 gram,” katanya dalam satu kenyataan. 

Alexson berkata,  nilai rampasan barang disyaki dadah itu dianggarkan berjumlah keseluruhan RM3,440.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Miri bagi tujuan permohonan reman semalam. 

Pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Continue Reading

Previous: Maritim tahan bot pancingĀ 
Next: Lima lelaki sabung ayam ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.