Dua kereta musnah terbakar di Kampung Languban Merapok

Facebook
WhatsApp
HANGUS TERBAKAR… Bomba memastikan api padam sepenuhnya pada salah satu kereta yang terbakar di Kampung Languban Merapok.  

LAWAS: Dua kenderaan, Proton Wira dan Proton Saga Aeroback, terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Languban Merapok, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 32 kilometer.

“Kebakaran itu melibatkan dua kenderaan, Proton Wira dan Proton Saga Aeroback, yang masing-masing terbakar sepenuhnya, dan tiada mangsa dilaporkan.

“Pasukan bomba menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” kata kenyataan berkenaan.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 4.10 pagi dan tamat tiga minit kemudian. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Adeng Edrus

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis