Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kenderaan, sebuah motosikal musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Dua kenderaan, sebuah motosikal musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
PADAM… Pasukan bomba memadamkan kebakaran kenderaan dalam kejadian di Lorong Harmoni 3B-2 Tudan, di Miri, awal pagi tadi. Foto Bomba

MIRI: Dua kenderaan dan sebuah motosikal yang diparkir di hadapan rumah di Lorong Harmoni 3B-2 Tudan terbakar awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lutong, Pegawai Bomba Tinggi II Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 4.42 pagi.
Katanya, sepasukan bomba dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi 11 kilometer dari balai.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati telah berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero, sebuah motorsikal Modenas Kriss yang rosak dan telah lama tidak digunakan terbakar keseluruhann dan sebuah Proton Wira terbakar lebih kurang lima peratus,” katanya.
Henry berkata, PKO bertindak membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki, satu pancutan air dari tangki jentera.
“Api berjaya dikawal pada 5.20 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya 5.35 pagi
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda musnah terbakar
Next: Kolej UNIMAS dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.