Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua jurulatih dahului senarai SUFCIII
  • SUKAN

Dua jurulatih dahului senarai SUFCIII

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH…Nazri Datuk Ahmad Lai ketika mengumumkan dan perkenalkan Pangiran Bala dan Hakimi Man yang mendahului senarai jurulatih dan pegawai pasukan Sarawak United III (SUFCIII) musim ini.

DUA jurulatih bola sepak terkenal, Pengiran Bala dan Hakimi Man mendahului senarai jurulatih dan pegawai pasukan Sarawak United III (SUFCIII) musim ini.

Penguman itu telah diadakan di satu majlis simbolik pelantikan jurulatih dan pegawai pasukan tersebut pada baru-baru ini.

Kedua-dua jurulatih berpengalaman itu telah diperkenalkan dan menandatangani perjanjian untuk mengemudi pasukan SUFCIII.

Pengiran Bala merupakan nama yang cukup sinonim dengan bola sepak Sarawak telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan SUFCIII.

Bekas pemain Sarawak FA ini pernah dilantik beberapa kali untuk turut mengemudi pasukan senior Sarawak FA di dalam kancah pertandingan bola sepak Liga Malayia.

Mana kala Hakimi pula dalam pada itu telah dilantik sebagai penolong ketua jurulatih kepada Bala.

Seperti Bala, Hakimi juga mempunyai reputasi sendiri dan merupakan jurulatih yang cukup dikenali di Miri ekoran kejayaannya membawa pasukan yang dilatihnya menjadi juara, serta keupayaan beliau membangunkan ramai pemain muda.

Pelantikan kedua-dua jurulatih ini telah diumumkan oleh Pengurus Pasukan, Nazri Datuk Ahmad Lai baru-baru ini, yang mana turut mengumumkan pelantikan Abu Bakar Amran dan Fadillah Ibrahim sebagai Jurulatih Kecergasan, Saller Ampuling sebagai Jurulatih penjaga gol, Ishya Sabu sebagai pembantu jurulatih penjaga gol, Lionel Lineker Barat sebagai kitman, Hamri Haji Ali dan sebagai pegawai media.

Untuk rekod, pasukan SUFCIII merupakan pasukan beliau Sarawak United dan ianya berpusat di Miri.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Bantahan di Old Trafford
Next: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.