Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua JKKK Kandis terima peruntukan
  • TEMPATAN

Dua JKKK Kandis terima peruntukan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN… Datuk Mong Dagang menyerahkan cek RM50,000 kepada Tuai Rumah Alia bagi kerja gotong-royong menukar paip air graviti di kawasan Kandis, Pantu, Sri Aman.

PANTU: Dua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kandis, Lachau, Pantu berhasrat mahu menukar saluran paip air graviti di penempatan mereka yang sudah lama sebelum ini.

Bagaimanapun, kedua-dua JKKK berkenaan iaitu Rumah Alia dan Rumah Lansam Kubu, Kandis memerlukan sejumlah sumber kewangan bagi memastikan projek menukar saluran paip graviti dalam penempatan mereka dapat dilakukan.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang bertindak menyalur peruntukan RM50,000 masing-masing kepada JKKK Rumah Alia dan Rumah Lansam untuk perlaksanaan projek itu nanti.

“Peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000 ini sudah pastinya dapat membantu penduduk Rumah Alia dan Rumah Lansam di Kandis untuk melaksana projek menukar paip air graviti di penempatan mereka.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya berpuas hati kerana dapat membantu penduduk dan berharap mereka mendapat bekalan paip air graviti yang lebih baik di masa akan datang,” kata beliau.

Mong ketika berucap ringkas pada upacara penyerahan cek peruntukan itu di Rumah Alia, Kandis di sini juga berkata, wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa turun padang menemui rakyat tanpa mengira masa.

“Apabila rakyat sudah melantik kita menjadi pemimpin pada pilihan raya sebelumnya, kita harus segera menunai tanggungjawab untuk memajukan hidup mereka sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatan.

“Penuhi kehendak dan harapan rakyat terhadap kita. Dengan berbuat demikian, rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada GPS untuk memimpin mereka dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Generasi muda kaum Dayak perlu kuasai akademik, kemahiran
Next: Forum tampilkan pelbagai perwakilan agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.