Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua Datuk direman bantu siasatan projek balak
  • NASIONAL

Dua Datuk direman bantu siasatan projek balak

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 15 Ogos -- Dua individu bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta. Individu berpangkat Datuk yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi syarikat berusia 65 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa. Manakala seorang lagi individu yang juga bergelar Datuk dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berusia 40 tahun itu direman selama lima hari mulai hari ini sehingga Rabu.  --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DUA individu bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Dua individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang, lima tahun lepas.

Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pengerusi syarikat berusia 65 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam sehingga 18 Ogos depan.

Seorang lagi suspek berusia 40 tahun, merupakan bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, direman lima hari mulai semalam sehingga 19 Ogos depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, mereka ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 5.00 petang dan 10.20 malam, Jumaat lepas.

Jumaat lepas media melaporkan SPRM mendapat perintah reman terhadap tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk, bagi membantu siasatan kes yang sama.

Difahamkan, kes ini berkaitan pengambilalihan projek pembalakan di satu daerah di Pahang seluas 6,591.67 ekar pada 2015. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ahmad Maslan gagal kali kedua batal pertuduhan
Next: Penyertaan Bersatu telah disepakati secara prinsip

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.