Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera motosikal bertembung kereta
  • KEMALANGAN

Dua cedera motosikal bertembung kereta

Utusan Sarawak 2 years ago
Kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Tangki Air, Sri Nyelong, sebentar tadi. Foto APM Sarikei
 

SARIKEI: Seorang remaja lelaki dan rakannya mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggang oleh mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tangki Air, Sri Nyelong. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta. 

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei menerima panggilan kecemasan pada 1.09 sebentar tadi. 

“Empat anggota APM Sarikei diketuai oleh Pbt. (PA) Fauzi Amit bergerak ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pasukan APM Sarikei menjalankan pemeriksaan awal terhadap dua orang mangsa kemalangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal berusia dalam lingkungan 19 dan 20 tahun. 

“Mangsa pertama iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun luka di bahagian muka dan patah di bahagian paha sebelah kiri manakala mangsa kedua, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengalami luka kecil di bahagian kaki kanan. 

“Pasukan APM Sarikei telah menghantar kedua-dua mangsa kemalangan ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya. 

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: Guna kain basah padam kebakaran sebelum bomba tiba
Next: Lelaki cedera kereta dipandu terbabas langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.