Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua blok kuarters pekerja ladang musnah dalam kebakaran di kawasan ladang WTK
  • KEBAKARAN

Dua blok kuarters pekerja ladang musnah dalam kebakaran di kawasan ladang WTK

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran kuarters pekerja ladang di Tatau awal pagi tadi. Foto JPBM Sarawak

TATAU: Dua blok kuarters pekerja ladang musnah dalam kebakaran di kawasan ladang WTK di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi.

“Kebakaran tersebut melibatkan dua blok rumah pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 30×30 kaki persegi setiap satu.

“Kejadian itu telah memusnahkan keseluruhan kedua-dua blok rumah berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden malang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan tiba di lokasi pada 2.24 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 43 kilometer dengan keadaan jalan ladang yang mencabar.

Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan sumber air terbuka sehingga api berjaya dikawal pada 3.30 pagi.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.45 pagi setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah setinggan di Jalan Kumus Bintulu musnah dalam kebakaran
Next: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bunut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.