Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua beregu terbaik bakal galas cabaran Malaysia ke Sukan Asia 2026
  • SUKAN

Dua beregu terbaik bakal galas cabaran Malaysia ke Sukan Asia 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan hanya dua pasangan terbaik Malaysia akan dipilih untuk menggalas cabaran negara dalam acara berpasukan di Sukan Asia 2026. 

Beliau berkata pemilihan itu akan dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain dalam beberapa kejohanan penting menjelang temasya berkenaan, termasuk Kejohanan Dunia dan beberapa siri Jelajah Dunia akan datang.

Herry berkata skuad sedia ada kini menjadi asas utama persiapan, namun masih terdapat ruang untuk penilaian dan penambahbaikan sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

“Peraturannya setiap negara cuma boleh maksimum dua pasangan, jadi kita akan pilih yang terbaik, yang boleh main pada Sukan Asia. Tidak seperti pada Piala Thomas yang ada tiga pasangan.

“Yang ada sekarang ini ialah pemain yang kita siapkan tetapi sebelum Sukan Asia masih ada beberapa kejohanan penting untuk kita nilai kekuatan dan kelemahan mereka,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

HERRY tidak menolak kemungkinan sekiranya pasangan muda, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King mampu mempamerkan prestasi konsisten dalam kejohanan akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau menuntut semua pemain bekerja lebih keras bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik menjelang dua kejohanan berprestij itu.

Mengulas peluang pasangan lain seperti pasangan muda, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menembusi skuad Sukan Asia, Herry tidak menolak kemungkinan sekiranya mereka mampu mempamerkan prestasi konsisten dalam kejohanan akan datang.

Dalam perkembangan lain, Herry memaklumkan keadaan fizikal pemain, khususnya Man Wei Chong akan dipantau rapi bagi memastikan beliau tidak berdepan risiko kecederaan menjelang kejohanan utama.

Beliau berkata perancangan jadual kejohanan telah disusun dengan teliti termasuk pemilihan kejohanan yang sesuai bagi memastikan pemain berada dalam kondisi terbaik.

“Tidak semua kejohanan kita akan sertai, kita akan pilih antara kejohanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia bergantung kepada keadaan pemain …,” katanya.

Sukan Asia 2026 akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober di Aichi-Nagoya, Jepun. 

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal di ambang sejarah cipta musim paling gemilang 140 tahun kelab
Next: SIMBC 2026 perkukuh kedudukan Kuching di pentas sukan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.