Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua beranak ditahan curi produk kesihatan, kecantikan
  • JENAYAH

Dua beranak ditahan curi produk kesihatan, kecantikan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DUA suspek ditahan  dalam serbuan salah sebuah bilik rumah inap desa  di Jalan Duranta sekitar 2.15 pagi.

MIRI : Dua beranak  yang disyaki mencuri beberapa barangan di sebuah kedai farmasi,  kesihatan dan kecantikan  ditahan polis, semalam.

Menurut satu hantaran di Facebook, Polis Daerah Miri hari ini, kedua-dua suspek berusia 19 dan 48 tahun itu ditahan  dalam serbuan salah sebuah bilik rumah inap desa  di Jalan Duranta sekitar 2.15 pagi.

Tangkapan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan operasi yang dijalankan oleh  sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pusat Miri.

Polis turut merampas beberapa barangan disyaki hasil curi.

Difahamkan,  kedua-dua mereka mempunyai sebanyak 18 rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah lain yang dilakukan di sekitar daerah ini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Hasil saringan awal ke atas kedua-dua suspek ini juga didapati positif dadah.

Setakat ini, kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita hilang RM600,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Next: Samarahan Police nab suspect gas cylinder theft

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.