Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua bangunan SMK Lawas musnah dalam kebakaran
  • KEMALANGAN

Dua bangunan SMK Lawas musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 7 months ago
PADAM KEBAKARAN… Dua anggota bomba melakukan pemadaman di bahagian hadapan bangunan SMK Lawas.

LAWAS: Dua bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas telah musnah dalam kebakaran yang berlaku, 11.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim mengesahkan pihaknya telah menerima panggilan daripada pengawal keselamatan sekolah tersebut pada 11.36 malam.

Menurut Azman, jentera bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 11.39 malam semalam, hanya berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada 1.23 pagi tadi.

Azman selaku Komander Operasi mengetuai seramai 17 anggota, bagaimanapun berkata, operasi pemadaman hanya selesai sepenuhnya pada 4.35 pagi tadi.

Mengulas lanjut berkenaan operasi pemadaman, jelasnya, keadaan bentuk muka bumi SMK Lawas yang terletak di atas bukit merupakan satu cabaran kepada Pusat Kawalan Operasi (PKO) ketika menjalankan operasi pemadaman.

“Setelah kehabisan air dari jentera Prime Mover WT, PKO melakukan relay pumping sejauh 1,400 kaki dari sumber air pili bomba terdekat.

“Pam GP12/10 mengalami masalah teknikal ketika operasi pemadaman relay pumping dijalankan. Jentera Prime Mover  WT terpaksa berulang alik ketika proses overhaul dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Sesi persekolahan SMK Lawas ditangguh sementara
Next: Anak kapal warganegara Myanmar dilapor hilang terjatuh dalam sungai di jeti getah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.