Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua badan agama DUN Dudong terima peruntukan UNIFOR RM1.5 juta
  • WILAYAH

Dua badan agama DUN Dudong terima peruntukan UNIFOR RM1.5 juta

Utusan Sarawak 11 months ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA… Teo (hadapan, empat kanan) merakam kenangan bersama wakil dari dua badan agama di bawah DUN Dudong yang menerima cek UNIFOR, hari ini.

SIBU: Dua badan agama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong telah menerima peruntukan berjumlah RM1.5 juta  daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), hari ini.

Gereja Methodist Iban Nanga Assan (NAMIC)/Jawatankuasa Gereja Baharu Nanga Assan menerima peruntukan RM1 juta. Sementara itu, RM500,000 untuk Persatuan Penganut Da Wang Sungai Menyan.

Cek peruntukan daripada UNIFOR itu telah diserahkan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing.

Dalam ucapannya, Teo berharap agar penerima menggunakan peruntukan tersebut dengan sebaiknya.

“Jangan ada mentaliti tidak sihat walaupun peruntukan itu datang dari kerajaan. Gunakanlah peruntukan ini dengan sebaiknya, jujur dan ikhlas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa NAMIC, Edward Chendang merakamkan penghargaannya kepada kerajaan atas peruntukan tersebut.

“Kami akan menggunakan peruntukan itu secara berhemah bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan gereja baharu kami,” katanya.

Senada dengan itu, Pengerusi jawatankuasa Persatuan Penganut Da Wang Sungai Menyan, Kong Kim Hong berkata, mereka akan menggunakan peruntukan itu untuk menyelenggara kuil.

“Kami akan memanfaatkan dengan sebaiknya peruntukan ini,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha PDP Bahagian Dudong, Kaunselor Simon Wee.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dadah: Pemimpin masyarakat dilantik ketuai OSC boleh salur maklumat kepada polis
Next: Kompeni C Batalion 12 PGA Limbang terima sumbangan seekor kerbau sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.