Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Sim tinjau kerosakan gazebo
  • Tengah
  • WILAYAH

Dr Sim tinjau kerosakan gazebo

Utusan Sarawak 3 months ago
TINJAU… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kiri) berbincang dengan Clarence Tingdan ahli Persatuan Chiang Chuan semasa lawatannya ke Taman Chiang Chuan hari ini.

SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, hari ini mengadakan lawatan ke Taman Chiang Chuan di sini bagi meninjau kerosakan gazebo yang dilanggar sebuah kapal tunda baru-baru ini.

Beliau turut bertemu dengan wakil Persatuan Chiang Chuan untuk mendapatkan gambaran lanjut mengenai insiden tersebut.

Lawatan tersebut menekankan kepentingan memulihkan gazebo berkenaan, serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, ketika dihubungi, berkata MPS akan berunding dengan syarikat perkapalan yang terlibat dalam insiden tersebut mengenai isu pampasan.

“Kami (MPS) telah membuat laporan polis dan akan berbincang dengan syarikat perkapalan berkenaan mengenai pampasan,” katanya.

Ting juga memaklumkan bahawa Persatuan Chiang Chuan telah bersetuju untuk menilai kos pembaikan gazebo yang rosak.

“Anggaran kos pembaikan akan dikemukakan kepada kami (MPS) untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Taman Chiang Chuan dibina untuk memperingati ulang tahun ke-150 penempatan masyarakat Hokkien di Lembangan Rajang dan dibiayai melalui sumbangan ahli Persatuan Chiang Chuan sebelum diserahkan kepada MPS.

Walau bagaimanapun, mengikut perjanjian, persatuan tersebut masih bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan taman tersebut.

Insiden ini turut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan di sepanjang tebing sungai, dengan pihak berkuasa dijangka menilai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa depan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Abdul Halim santuni para pegawai JIM terjejas banjir di Bintulu
Next: RM700,000 naik taraf dua jambatan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.