
KUCHING: Lebih seratus pengamal media di banda raya ini hadir bagi memeriahkan Malam Media anjuran Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian di Muzium Budaya Borneo di sini malam ini.
Mereka yang hadir merupakan wartawan, penyampai berita, penyunting dan kakitangan pelbagai agensi media di Kuching.
Dr Sim dalam ucapannya sekali lagi menekankan pentingnya peranan media arus perdana dalam menyampaikan berita yang sahih.
“Pada masa sama, berperanan memerangi berita palsu dan penyebaran maklumat salah.
“Ini kerana media arus perdana mempunyai profesionalisme dan kredibiliti,” katanya.
Pengamal media disajikan dengan pelbagai juadah makanan serta minuman sambil mengeratkan hubungan sesama sendiri.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang,.
SHAHRUL QAIZAT
Keterangan gambar
BERAMAH MESRA… Dato Sri Dr Sim Kui Hian beramah mesra dengan pengamal media pada Malam Media anjurannya di Muzium Budaya Borneo di Kuching malam ini.
I am really impressed along with your writing talents as smartly as with the structure for your weblog. Is this a paid subject matter or did you modify it yourself? Anyway keep up the excellent high quality writing, it’s uncommon to look a great weblog like this one today!