Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dokumentasikan kebudayaan etnik Kedayan – Karim
  • WILAYAH

Dokumentasikan kebudayaan etnik Kedayan – Karim

Utusan Sarawak 2 years ago
RAIKAN BUDAYA… Dr Ripin (empat, kiri), Dr Abdul Rahman (enam, kiri) dan tetamu lain bergambar bersama Kampung Agong Tua yang muncul johan pertandingan junjung  (pondok) Makan Tahun Kedayan 2023.
 

LIMBANG: Pengusaha industri kreatif, individu, persatuan dan kumpulan etnik digalak untuk mendokumentasikan dan memfilemkan kebudayaan masyarakat Kedayan di negeri ini.

Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut mengalakkan dan menyokong penuh sebarang usaha mendokumentasi kebudayaan masyarakat etnik di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, budaya masyarakat Kedayan yang unik dan mempunyai keistimewaannya perlu ditonjolkan agar tidak pupus ditelan zaman.

Abdul Karim  yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan  mahu belia-belia Kedayan mengambil peluang untuk menonjolkan dan meluaskan lagi seni kreatif dan warisan kebudayaan mereka  melalui platform media sosial.

“Saya menyeru kepada para belia hari ini terutamanya belia-belia masyarakat kedayan, ambillah peluang ini untuk mengekalkan dan juga meluaskan lagi seni kreatif ataupun warisan kebudayaan masyarakat Kedayan.

“Saya melihat sebahagian  daripada aktiviti kebudayaan masyarakat Kedayan boleh difilemkan atau dibuat satu dokumentari  melalui platform media sosial untuk tayangan masyarakat umum.

“Namun demikian perlu ada individu, persatuan atau kumpulan yang mengusahakan perkara ini, dan kita di kementerian amat  mengalu-alukan dan menyokong usaha-usaha begini,” katanya pada majlis perasmian Makan Tahun Perdana 2023 di Dewan Kampung Pabahanan, Limbang, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya yang juga Timbalan Menteri  Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat.

Jelas Abdul Karim lagi kementeriannya mempunyai peruntukan dan dana untuk membantu pengusaha industri kreaitf di sarawak mengembangkan seni kreatif termasuk mendokumentasikan kebudayaan etnik Kedayan ini.

“Ada usaha-usaha untuk memfilemkan atau merekodkan seni kebudayaan masyarakat Kedayan pihak kementerian menyokong dan kita juga mempunyai peruntukan di bawah Dana Industri Kreatif Belia Sarawak untuk membantu industri-industri kreatif contohnya dari segi  pakaian tradisional, kraf daripada semua komuniti di Sarawak,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail,Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Pengerusi Persatuan Kedayan Limbang (PKL) Penghulu Sahat Bagol, Ketua Kampung Pabahanan Latif Sabli dan tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kerajaan banteras gejala LGBT
Next: Isu kekurangan bekalan minyak diesel di Bintulu akan pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.