Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • DJ Dave kembali dengan Meriah Syawal selepas 48 tahun
  • HIBURAN

DJ Dave kembali dengan Meriah Syawal selepas 48 tahun

Utusan Sarawak 2 months ago
PENYANYI legenda Datuk DJ Dave. Foto Datuk DJ Dave

SELEPAS hampir lima dekad, penyanyi legenda Datuk DJ Dave kembali menghangatkan suasana Aidilfitri dengan lagu baharu berjudul Meriah Syawal.

Lagu tersebut bukan sekadar membawa keceriaan Syawal, tetapi turut mengimbas kenangan lagu raya ikoniknya, Menjelang Hari Raya, yang masih segar di hati peminat hingga kini.

Meriah Syawal yang dihasilkan dalam masa enam hari itu dilengkapi video muzik yang memaparkan keindahan tradisi, suasana kampung dan keceriaan beraya bersama-sama dengan keluarga.

Menjelaskan bagaimana tercetusnya idea penghasilan lagu itu, pemilik nama sebenar Irwan Shah Abdullah, 77, berkata melodi lagu berkenaan terbit dalam ingatannya secara spontan usai bersahur pada 16 Februari lepas.

DATUK DJ Dave kembali menghangatkan suasana Aidilfitri dengan lagu baharu berjudul Meriah Syawal. Foto Datuk DJ Dave

“Selepas itu, saya terfikir juga, sempat ke jika mahu membuat rakaman sekarang? Dengan sokongan dan dorongan daripada isteri tercinta, saya berjaya menyiapkan lagu ini, dari menulis lirik, menyusun melodi sehingga merakam dan menghasilkan video muzik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, beliau hanya berhasrat memberikan hadiah bermakna kepada peminat, terutamanya generasi muda bersempena dengan musim perayaan.

DJ Dave berkata yang menjadikan lagu itu lebih istimewa ialah penglibatan kanak-kanak dalam rakaman, menyuntik suasana ceria dan membawa kenangan hari raya era dahulu.

“Saya mahu, muzik saya menjadi jambatan yang menghubungkan generasi lama dan baharu, menghidupkan kembali kemeriahan raya yang penuh makna. Lagu ini sangat mudah, bait-bait liriknya juga ringkas,” katanya.

Menurutnya, bagi mengekalkan keaslian budaya tempatan, lagu itu turut menampilkan alat muzik tradisional seperti rebana dan angklung.

“Saya mahu Meriah Syawal menjadi antara lagu ikonik setiap kali menjelang hari raya, sepertimana lagu-lagu klasik yang sentiasa dikenang sepanjang zaman,” katanya.

Video muzik lagu tersebut boleh di tonton di Youtube rasmi DJ Dave mulai malam esok. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ‘Detektif Lingam’ kembali dengan Lemang Gerak Khas
Next: Sweet Qismina akui tertekan bawa watak antagonis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.