Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ding, isteri ziarah beberapa kampung sempena Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Ding, isteri ziarah beberapa kampung sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Ding Koung Hiing dan isteri, Datin Kueh Nai Fun telah berkunjung ke beberapa kampung Melayu sempena Aidilfitri, semalam.

Koung Hiing turut ditemani oleh rombongan ahli-ahli SUPP Cawangan Bintangor yang terdiri daripada Cawangan, Pergerakan Wanita dan Pemuda serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Daerah Meradong.

Antara Kampung yang dikunjungi oleh beliau adalah Sungai Selemas, Sungai Gemuan, Gemuan Jaya dan Skim B.

Selain itu, beliau dan rombongan turut mengunjungi rumah Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Meradong, Khairulddin Qalam Daud; Timbalan Ketua Cawangan PBB Cawangan Meradong, Kaunselor Samsawi Mohamad dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Meradong, Dayang Rajemah Abang Adeng.

Koung Hiing turut berkunjung ke rumah Penghulu Hashim Abang Solhi, Pemanca Rapen Anga dan Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin.

Dalam pada itu, beliau melahirkan perasan gembira kerana setiap rumah atau kampung yang telah dikunjungi sempena Aidilfitri mendapat sambutan yang amat baik.

“Pelbagai masakan yang enak dan kuih muih dijamu kepada saya dan rombongan.

“Inilah keunikan dan keharmonian di Sarawak kerana setiap tahun sambutan perayaan masih lagi mengekalkan amalan kunjung mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau turut akan menyalurkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selemas sempena majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 dan kelulusan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 untuk menaik taraf jambatan Kampung Selemas yang sudah usang.

Turut hadir ialah Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor Lau Sie Hing, Bendahari SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua; Pemanca Yii Hee Sieng, Kapitan Wong Mee King, dan Kapitan Wong Leh Hee.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba buat rondaan di Jalan Repok, Jalan Jakar
Next: Isu baik pulih jalan di kawasan Meluan dibincang bersama JKR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.