Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dijangka seramai 1,400 perwakilan PBB kawasan Zon Betong hadir mesyuarat esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Dijangka seramai 1,400 perwakilan PBB kawasan Zon Betong hadir mesyuarat esok

Utusan Sarawak 4 months ago

BETONG: Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong dijadualkan berlangsung di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, esok.

Ia akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Presiden PBB.

Dijangka seramai 1,400 perwakilan daripada 14 cawangan PBB di kawasan zon Betong menghadiri acara penting ini.

Ia melibatkan perwakilan dari Sebuyau, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, dan Kabong.

Semasa raptai penuh pada hari ini, para perwakilan menyuarakan harapan mereka dan menekankan kepentingan perpaduan serta kepimpinan dalam memastikan kemajuan Sarawak.

Ketua Pemuda PBB Cawangan N.28 Lingga, Abdul Rahim Jamil menegaskan bahawa acara ini adalah penting sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan ahli.

Beliau turut meluahkan keyakinannya dalam kelancaran mesyuarat yang bakal berlangsung itu nanti.

“Alhamdulillah, program raptai berjalan lancar, dan wakil setiap cawangan ada juga yang datang memberikan sokongan, sekali gus memastikan program berjalan lancar,” katanya.

Mesyuarat Perwakilan Zon Betong itu adalah lokasi yang terakhir daripada empat mesyuarat perwakilan cawangan PBB zon sebelum ini, selepas mesyuarat di Miri, Sibu dan Kuching.

Ia diadakan sebelum Konvensyen PBB Sarawak yang akan diadakan dari 14 hingga 16 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Kuching nanti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh, laluan utama hubungkan Long Dungun tidak dapat dilalui
Next: Empat rumah panjang di kawasan Sungai Segan dan Jepak terkesan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.