Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Digalak tanam pokok RT-Paulownia
  • TEMPATAN

Digalak tanam pokok RT-Paulownia

Utusan Sarawak 3 years ago
KETUA Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam upacara penanaman pokok semasa Majlis Penanaman Pokok di TSG Green Sdn Bhd, Kota Samarahan, semalam. •FOTO UKAS

KUCHING: Penduduk luar bandar di Sarawak digalakkan menanam pokok RevoTropix Paulownia (RT-Paulownia) baka tempatan yang boleh tumbuh dengan baik di tanah negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini memandangkan pokok berkenaan boleh dituai empat hingga lima tahun dari pertama kali ditanam.

“Pokok ini mempunyai daun yang lebar dan mampu menyerap karbon dioksida.

“Ia bukan sahaja boleh dijadikan produk seperti perabot malah daunnya juga boleh digunakan untuk makanan haiwan. Ini adalah baik untuk sektor pertanian terutamanya untuk penternakan lembu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat makmal pengklonan tumbuhan RT-Paulownia TSG Green Sdn Bhd di Menara Titanium, Brighton Square di Jalan Song, semalam.

Tambahnya, pokok Paulownia terbukti bertumbuh dengan baik atas tanah serta ditambah dengan penggunaan teknologi.

Sehubungan itu Abang Johari mengucapkan tahniah kepada TSG Green kerana menerokai teknologi dan pendekatan baharu ini untuk penanaman semula pokok.

Terdahulu sebelum melancar makmal tersebut Abang Johari melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Semaian TSG Green di Kota Samarahan.

Makmal Kultur Tisu RT Paulownia merupakan yang pertama di Sarawak dilancarkan semalam.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: PERTINGKATKAN INDUSTRI BALAK
Next: Kuching tersenarai dalam UNESCO Creative Cities Network

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.