Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Digalak pamer logo MSPO pada bungkusan
  • BISNES

Digalak pamer logo MSPO pada bungkusan

Utusan Sarawak 5 years ago

SHAH ALAM, 22 Sept -- Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merasmikan Pejabat Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) di Seksyen U1 Shah Alam hari ini. Turut serta Pengerusi MPOCC, Mukhtar Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC, Chew Jit Seng. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MERASMIKAN… Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merasmikan Pejabat Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) di Seksyen U1 Shah Alam semalam. Turut serta Pengerusi MPOCC, Mukhtar Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC, Chew Jit Seng. • Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menggalakkan lebih banyak syarikat yang menghasilkan produk berasaskan kelapa sawit mempamerkan logo Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada bungkusan mereka.

Pengerusi MPOCC, Muhtar Suhaili (gambar) berkata buat masa ini, hanya dua syarikat sahaja yang mempamerkan logo berkenaan pada bungkusan produk mereka.

Katanya, dengan mempamerkan logo MSPO pada bungkusan, ia akan memberi maklumat kepada pengguna bahawa kelapa sawit yang digunakan mempunyai sijil diiktiraf dan sekaligus meningkatkan keyakinan pembeli untuk menggunakan produk berkenaan.

“Walaupun syarikat, peladang dan pengilang kelapa sawit diwajibkan mempunyai sijil MSPO tetapi penggunaan logo MSPO pada bungkusan produk tidak diwajibkan.

“Disebabkan itu kita mengalakkan pengeluar produk berasaskan minyak kelapa sawit untuk mempamerkan logo MSPO jika mereka mendapat bekalan daripada syarikat pengeluar minyak kepala sawit yang mempunyai sijil MSPO dan kita sedia membantu mana-mana syarikat yang berminat,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Ibu Pejabat MPOCC di sini, semalam.

Perasmian Ibu Pejabat MPOCC itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC, Chee Jit Seng.

Sementara itu, Muhtar berkata setakat 31 Ogos lepas, sebanyak 5.08 juta hektar atau 87 peratus daripada 5.9 juta hektar kawasan tanaman kelapa sawit di negara ini telah diiktiraf dan memiliki MSPO.

“Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 92 peratus atau 418 kilang sawit di seluruh negara turut mendapat MSPO,” katanya.

Sementara itu, Wee dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu berkata kerajaan akan terus menyokong usaha MPOCC dan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) untuk meluaskan penerimaan dan pengiktirafan MSPO dari dalam dan luar negara.

Katanya, perbincangan secara berterusan perlu dilakukan dengan negara luar supaya mereka mengiktiraf pensijilan MSPO sekaligus pasaran minyak kelapa sawit tempatan dapat diperluaskan.–Bernama

Continue Reading

Previous: Platform ketengahkan produk Sarawak di Semenanjung
Next: Malaysia perkukuh kerjasama dengan pengeluar dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.