Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Diesel, tangki bernilai lebih RM200,000 dirampas
  • TEMPATAN

Diesel, tangki bernilai lebih RM200,000 dirampas

Utusan Sarawak 3 years ago

MUKAH: Pihak polis telah merampas 44,000 liter diesel di kawasan sebuah syarikat persendirian di Jalan Sibu-Bintulu pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata nilai keseluruhan rampasan ialah RM217,120.

“Pada sekitar jam 10.30 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari pasukan Marin Wilayah Lima Cawangan Bintulu telah menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di lokasi,” katanya.

Beliau menambah ia berikutan pemeriksaan terhadap dua buah tangki besi yang berisi minyak diesel di kawasan sebuah syarikat persendirian di Jalan Sibu-Bintulu.

“Hasil pemeriksaan lelaki yang bekeraja sebagai penjaga syarikat tersebut gagal untuk menunjukkan sebarang bukti berdokumen untuk menyimpan barang kawalan iaitu tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP),” ujar beliau lagi.

Rizal menyatakan bahawa lelaki dan minyak diesel ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Tangkapan dan rampasan  diserahkan kepada KPDNHEP Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut ,” tambah Rizal.

Barang rampasan ialah dua buah tangki besi simpanan minyak dengan anggaran nilai semasa RM20 ribu, dan minyak diesel  44,000 liter(anggaran RM197,120).

Lokasi tersebut yang merupakan site office atau pejabat lapangan syarikat  berkenaan dikatakan dalam kawasan Daerah Mukah.

Continue Reading

Previous: TYT terima dua kunjungan hormat
Next: Jangan ada ‘anai-anai’ dalam pentadbiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.