LIMBANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat Limbang bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang mengadakan pendidikan awal kaedah memadam kebakaran.
Antaranya melalui ceramah keselamatan kebakaran, demontrasi tatacara penggunaan alat pemadam api dan pameran jentera dalam usaha memberi ilmu kesedaran kebakaran kepada murid sejak di awal usia.
Program dimulakan dengan ceramah dan taklimat ringkas mengenai peralatan memadam kebakaran dan bahan mudah terbakar yang perlu dielakkan oleh kanak-kanak.
Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal usia enam tahun mengenai keselamatan kebakaran.
Melalui program itu, BBP Limbang turut memberi latihan menyelamat diri kepada kanak-kanak supaya mereka bersedia jika berlaku kebakaran.
Sepasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ngo Avan, Pasukan Charlie BBP Limbang menyertai program itu.
Oleh ADENG EDRUS