Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dicekup ketika leka berjudi
  • TEMPATAN

Dicekup ketika leka berjudi

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Sebahagian suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

LIONG CHAI LING

MIRI: Seorang wanita serta 12 lelaki yang leka bermain pertaruhan judi ‘pai kaw’ diberkas polis dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Marina Square di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 58 tahun itu tidak sempat melarikan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ketika serbuan dibuat, kesemua suspek sedang berkumpul mengelilingi sebuah meja dan leka bermain judi jenis ‘pai kaw’.

“Hasil serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan judi seperti dadu, token dan wang tunai berjumlah RM19,353 yang digunakan untuk tujuan pertaruhan judi berkenaan,” katanya di sini.

Menurut Lim, pusat hiburan tersebut tidak beroperasi ketika serbuan dibuat. Katanya, semua suspek ditahan itu dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Continue Reading

Previous: Jalan runtuh dibina sementara
Next: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.