Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Detik cemas kereta Proton Saga terbakar
  • KEBAKARAN

Detik cemas kereta Proton Saga terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

Kereta jenis Proton Saga terbakar 100 peratus dalam satu kejadian malam tadi. 

SELANGAU: Detik cemas berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Saga terbakar sepenuhnya di Lebuh Raya Pan Borneo, simpang Stapang, malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO), insiden tersebut berlaku sekitar jam 9 malam. 

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kereta tersebut terbakar 100 peratus. 

“Bagaimanapun, semua penumpang dan pemandu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan pemadam api menggunakan satu aliran 100 kaki dengan satu nozel serta bekalan air dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran. 

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Sekeluarga hilang tempat tinggal, rumah terbakar
Next: Kebakaran longgokan sampah kerap berlaku di Sarikei, di tempat sama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.