Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dennis Bunyam KPD baharu Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

Dennis Bunyam KPD baharu Sri Aman

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Mancha Ata (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Mathew Manggie (kiri) dan Dennis Bunyam pada majlis Serah Terima Tugas KPD Sri Aman, hari ini. Foto Adi Saparman

SIMANGGANG: Superintendan Dennis Bunyam dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman yang baharu menggantikan Deputi Superintendan Mathew Manggie.

Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman itu disaksikan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, hari ini.

Sebelum pelantikan sebagai KPD Sri Aman dan dinaikkan pangkat menjadi Superintendan, Dennis bertugas sebagai KPD Kanowit. Sementara DSP Mathew Manggie akan bertugas sebagai KPD Saratok yang baharu.

DATO Mancha Ata (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Victor Ripon (kiri) dan Pricha Azin pada Majlis Serah Terima Tugas KPD Lubok Antu, hari ini. Foto Adi Saparman

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikan DSP Pricha Azin dilantik sebagai KPD Lubok Antu yang baharu menggantikan DSP Victor Ripon yang akan bertugas sebagai Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Kuching.

DSP Pricha sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian JPJKK IPD Kuching.

Dalam ucapan, Mancha berkata sebagai sebuah pasukan penguatkuasa yang utama di negara ini, sudah tentunya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi perhatian setiap lapisan masyarakat.

Beliau berkata, visi dan misi yang diperjuangkan haruslah selari dengan kehendak pucuk pimpinan demi untuk memastikan keamanan serta kesejahteraan masyarakat di wilayah ini terjamin.

DATO Mancha Ata menyampaikan cenderahati kepada Mathew Manggie (bekas KPD Sri Aman). Foto Adi Saparman

“Selain itu, dengan memastikan kemantapan integriti di setiap lapisan warga PDRM serta mengamalkan tata kelola yang baik dan berkesan dapat menghindarkan persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan.

“Sebagai peneraju kepada sesebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), seorang Ketua Polis Daerah (KPD) haruslah cakna dengan keadaan semasa di daerah masing-masing. Segala isu-isu berkaitan kualiti penyampaian perkhidmatan, isu kebajikan, masalah disiplin dan lain-lain isu berbangkit perlulah ditangani segera dengan sebaik mungkin.

DATO Mancha Ata menyampaikan cenderahati kepada Victor Ripon (bekas KPD Lubok Antu). Foto Adi Saparman

“Saya yakin dan percaya, dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada tuan ketua polis daerah, sesebuah IPD dapat diterajui dengan baik dan mampu menjalankan fungsinya dengan lebih efisien,” katanya.

Oleh yang demikian, Mancha menggesa seluruh warga kerja PDRM Sarawak dan IPD Sri Aman dan IPD Lubok Antu khususnya, agar sentiasa memberi kerjasama yang padu kepada KPD yang baharu itu.

“Sentiasalah menjaga serta memelihara imej pasukan dalam menjalankan tugas serta perkhidmatan yang diamanahkan.

“Amalkan budaya kerja yang jujur, amanah dan ikhlas, kerana sifat yang mulia inilah yang mampu menjadikan kita seorang pegawai polis yang berwibawa dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat.

“Semoga segala usaha kita sentiasa diberkati oleh maha pencipta dan saya berharap kita semua akan terus bekerja dengan penuh bersemangat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak serta negara tercinta ini sentiasa terpelihara,” katanya.

KENANGAN… Dato Mancha Ata bergambar bersama yang lain selepas majlis Serah Terima Tugas Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman. Foto Adi Saparman

Mancha turut mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan Superintenden Dennis Bunyam sebagai KPD Sri Aman dan DSP Pricha Azin sebagai KPD Lubok Antu yang baharu.

“Semoga dengan pelantikan ke jawatan yang penting ini menjadi pemangkin semangat agar kedua-duanya terus menabur bakti serta menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang di masa yang akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, IPD Sri Aman telah dinaik taraf daripada Kategori C ke Kategori B dan ini dilaksanakan serentak dengan kenaikan pangkat, manakala IPD Lubok Antu adalah Kategori C.

Untuk semua Kategori B, pangkat yang disandang adalah Superintendan, dan Kategori C pangkat yang disandang adalah Deputi Superintendan Polis (DSP).

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak; Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Nanga Kua banjir
Next: JPBD Sebauh isytihar pembukaan PPS di Gereja St. Bernard

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.