Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Demi cinta ‘lelaki Korea’, wanita rugi RM87,841
  • JENAYAH

Demi cinta ‘lelaki Korea’, wanita rugi RM87,841

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pekerja swasta kerugian RM87,841 akibat terpedaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki warganegara Korea melalui aplikasi ‘tinder’.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, pada 19 Jun lalu, mangsa seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah berhubung dengan suspek dan berjanji akan berjumpa dengan mangsa selepas permohonan visanya diluluskan. 

“Pada awal Julai lalu, suspek telah mengatakan bahawa telah membuat berberapa penghantaran barang kepada mangsa. Namun barang tersebut telah ditahan oleh pihak kastam Indonesia sebelum transit ke malaysia,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, pada 25 Julai lalu, mangsa telah berhubung dengan seorang individu yang menyamar sebagai pegawai kastam dan meminta mangsa membuat berberapa pembayaran bagi mendapatkan sijil perlepasan supaya barangan tersebut dapat dihantar ke Malaysia.

“Mangsa telah membuat sebanyak 25 kali transaksi secara keseluruhan berjumlah RM86,841 ke dalam lapan akaun tempatan,” ujarnya.

Katanya lagi, mangsa berasa ragu-ragu apabila masih diminta untuk membuat pelbagai pembayaran dan menyedari bahawa ditipu apabila mangsa tidak dapat berhubung dengan suspek. 

“Mangsa yang berasa ditipu hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan bagi siasatan lanjut pihak polis.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sabah: Penjawat awam ditahan, disyaki minta, terima rasuah RM130,000
Next: Surat palsu guna nama TPM: Polis tahan pengawal keselamatan di Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.