Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dekati masyarakat melalui Program Ihya Ramadan
  • TEMPATAN

Dekati masyarakat melalui Program Ihya Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
SEMARAK RAMADAN… Miro Simuh berinteraksi dengan tetamu yang memeriahkan Program Ihya Ramadhan Serembu di Bau. -Foto UKAS

BAU: Program Ihya Ramadan Serembu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Siniawan berjaya menghimpunkan penduduk setempat.

Program yang diadakan sempena Ramadan ini bertujuan menyemarakkan bulan mulia dan juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung.

Keberhasilan program itu dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh menekankan kepentingan program seperti itu diperbanyakkan, terutamanya ketika musim perayaan.

Menurut beliau, ia memainkan peranan besar dalam memperkukuh perpaduan masyarakat dengan memberi peluang kepada penduduk untuk berkumpul, beramah mesra dan saling mengenali dengan lebih rapat.

“Dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum dan budaya seperti di Sarawak, kita perlu saling menghormati dan meraikan setiap perayaan secara bersama.

“Ini penting untuk memastikan keharmonian dan perpaduan yang telah terjalin terus dipelihara,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban mereka.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi. -UKAS

Continue Reading

Previous: JKM Sarawak raikan 84 rakan strategik
Next: Eksklusif: Karya Voon Kim Cheong, simfoni warna, irama jiwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.