Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU utamakan kesihatan, kesejahteraan pekerja tingkat kualiti perkhidmatan
  • TEMPATAN

DBKU utamakan kesihatan, kesejahteraan pekerja tingkat kualiti perkhidmatan

Utusan Sarawak 6 months ago
TERBAIK… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sijil dan anugerah kepada salah seorang warga Kerja DBKU yang cemerlang sempena sambutan HIIS di Kuching, hari ini.

KUCHING: Inovasi keselamatan dan integriti pekerja menjadi tunjang utama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi memastikan organisasi itu dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata DBKU sentiasa komited untuk terus mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

”Inovasi merupakan pendorong utama dalam memastikan kita mampu memenuhi keperluan masyarakat secara lebih efisien dan berkesan.

”Sehubungan itu, saya sangat menyokong serta menggalakkan setiap warga kerja untuk terus berinovasi dalam pelbagai aspek dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan yang kita tawarkan.

”Kesihatan dan kesejahteraan pekerja adalah keutamaan kita, kerana pekerja yang sihat akan lebih produktif dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Integriti dan Inovasi Serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (HIIS) di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya warga kerja DBKU perlu sentiasa memperkukuh budaya integriti dalam setiap tindakan bagi memastikan inovasi yang dilaksanakan bukan sahaja membawa kemajuan tetapi juga dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

”Integriti pula merupakan asas penting yang tidak boleh dipisahkan daripada inovasi kerana tanpa integriti, sebarang inovasi akan kehilangan nilai sebenar dan tidak akan memberi impak yang diinginkan.

”Dengan integriti, kita akan membina kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan yang kita sediakan, dan ini adalah elemen penting dalam memperkasa DBKU sebagai institusi yang dihormati dan dipercayai,” ujarnya.

Turut hadir, Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek perintis pertanian moden di Opar guna teknologi Belanda
Next: Warga DBKU perlu utamakan aspek keselamatan, kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.