Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Datus United terajui liga
  • SUKAN

Datus United terajui liga

Utusan Sarawak 4 years ago
ALFRED Kendim

PASUKAN Datus United kini menerajui takhta Liga Veteran Sri Aman 2020 Piala Datuk Francis Harden Hollis selepas melalui sebanyak enam aksi perlawanan bagi semua pasukan pada aksi minggu ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim berkata pada aksi minggu ini, sebanyak enam perlawanan telah dilangsungkan yang telah menyingkap tirainya pada Sabtu lalu.

“Selepas melalui enam perlawanan, pasukan Datus United mengungguli carta Liga Veteran Sri Aman 2020 dengan memungut enam mata hasil daripada tiga perlawanan.

“Mengekori rapat iaitu pasukan Saberkas Simanggang yang berada dikedudukan kedua, memperolehi enam mata selepas mencatatkan dua kemenangan, dan mereka masih lagi ada baki dua perlawanan untuk menentukan kedudukan sebenar mereka pada minggu hadapan,” katanya kepada pemberita semalam.

Alfred berkata pasukan Veteran Pan Borneo pula yang berada dikedudukan ketiga kini mengumpul tiga mata hasil daripada sekali kemenangan dan kalah sekali.

“Pasukan Marr Reds dan juga Nanang Enterprise FC masing-masing belum memungut sebarang mata apabila kedua-dua pasukan terbabit kalah semua aksi perlawanan mereka pada hujung minggu lalu,” ujarnya.

Alfred berkata aksi seterusnya iaitu baki empat perlawanan Liga Veteran Sri Aman 2020 akan disambung pada Sabtu ini.

“Kita jangkakan perlawanan tumpuan iaitu diantara pasukan Datus United menentang pasukan Saberkas Simanggang, Sabtu ini jam 4 petang.

Perlawanan ini adalah penentu siapakah yang bakal digelar juara kerana pasukan Datus United memerlukan kemenangan untuk ditabalkan juara Liga Veteran Sri Aman 2020,” tegasnya.

Sementara itu, selepas mengharungi enam perlawanan keseluruhan pada minggu lalu, pemain Datus United, Ramos Sari menjadi penjaring terbanyak selepas menjaringkan sebanyak enam gol, manakala John Ali ditempat kedua terbanyak dengan lima jaringan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Datus United menang lagi
Next: Belia dijemput sertai pertandingan Esports

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.