Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibrahim Baki dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Tugas-tugas Khas)
  • TEMPATAN

Ibrahim Baki dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Tugas-tugas Khas)

Utusan Sarawak 2 months ago
Dato Ibrahim Baki mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Tugas-Tugas Khas) di Kuching, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Tugas-tugas Khas), hari ini.

Istiadat angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.  

Pelantikan itu menandakan satu lagi langkah dalam kerjaya politik Dato Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Sebelum ini, beliau memainkan peranan aktif dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai Naib Presiden, selepas meraih undian tertinggi dalam pemilihan parti baru-baru ini.  

Dengan pengalaman luas dalam bidang perundangan, korporat, dan pembangunan hartanah, pelantikan beliau dijangka memperkukuh pengurusan serta pelaksanaan dasar di Jabatan Premier Sarawak.  

Majlis angkat sumpah tersebut turut disiarkan secara langsung oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Continue Reading

Previous: Untuk renungan hari ini
Next: Penyusunan semula Kabinet Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.