Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dasar 1 Murid 1 Sukan langkah tepat
  • SUKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan langkah tepat

Utusan Sarawak 3 years ago

UNTUK MU… Abdul Rahman Muhiyuddin menyampaikan cenderamata kepada Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Penangguhan Kejohanan Balapan MSS Bahagian Sri Aman Kali Ke-56 di Kompleks Sukan Sri Aman dekat Bandar Simanggang baru-baru ini.

DASAR 1 Murid  1 Sukan  merupakan  satu  langkah  yang  tepat  untuk membentuk seorang murid yang cergas, patuh pada peraturan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut beliau pelaksanaan dasar berkenaan juga secara tidak langsung juga dapat menghasilkan seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai jati diri kental dan berkepimpinan.

Malah pelaksanaan dasar yang mewajibkan setiap murid sihat untuk mengikuti  sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah kata beliau juga boleh menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Contohnya boleh kita lihat apabila lahirnya peninju Sri Aman, Daeloniel McDelon Bong atau dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dalam Kejohanan Tinju Profesional dan menjadi juara di Pakistan dalam kategori 57 kilogram.

“Kemenangan Daeloniel menjadi kebanggaan negara dengan beliau juga merupakan satu-satunya peninju dari Sri Aman yang  mewakili  Malaysia untuk menyertai acara tinju  yang  telah diadakan pada 11 Jun lepas itu,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Balapan Majlis Sukan-Sukan (MSS) Bahagian Sri Aman Kali Ke-56 di Bandar Simanggang petang semalam.

Selain itu beliau melalui ucapannya juga berharap agar lebih  ramai  atlet  dari Sri Aman, Lubok Antu, Engkilili, Pantu dan Lingga dapat menjadikan acara tertentu sebagai   ikon atau identiti  Bahagian Sri Aman.

“Contohnya atlet kita mungkin boleh menguasai acara 1,500 meter atau acara merejam lembing dan sebagainya selagi ia dapat dijadikan sebagai identiti Bahagian Sri Aman.

“Justeru diharap agar usaha atlet kita ini nanti dapat menjadi kejayaan dalam mengangkat nama dan memperkenalkan Bahagian Sri Aman ke arena negara dan seterusnya ke persada dunia pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman,  Sirai Daha, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin, Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu, Vivien Mujah, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit, Pengerusi Pengelola MSS Bahagian  Sri Aman Kali Ke-56, Beritin Empawi dan Pegawai Polis Daerah Sri Aman, DSP Boniface Bajai.

Harden pada majlis itu mengumum peruntukan projek sebanyak RM40,000 kepada Jawatankuasa MSS Bahagian Sri Aman untuk membiayai proses pemilihan dan penghantaran atlet ke kejohanan balapan di Mukah pada Ogos nanti.

Continue Reading

Previous: Acara sukan antarabangsa ‘alat yang hebat’
Next: Pasangan negara genggam gangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.