Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Daruma FS cipta sejarah
  • SUKAN

Daruma FS cipta sejarah

Utusan Sarawak 3 years ago

KAMI JUARA…Daruma FS muncul sebagai juara Futsal Terbuka Sri Aman 2022 bagi merebut Piala Rimong Crocs United Edisi 1 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, kelmarin.

SKUAD Daruma FS mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai Futsal Terbuka Sri Aman 2022 bagi merebut Piala Rimong Crocs United Edisi 1 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, kelmarin

Daruma FS yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dari Bandar Simanggang itu berjaya mengejutkan pasukan pilihan kejohanan dari Kuching, Evolution FT dengan jaringan 3-2 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kejuaraan itu menyaksikan Daruma FS berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200, piala dan medal, manakala Evolution FT pula mendapat hadiah wang tunai RM800, piala dan medal.

Sementara itu  bagi perebutan tempat ketiga, pasukan Zaras FT terpaksa berhempas pula untuk memenangi perlawanan itu apabila menewaskan Kampung Boy FT A dengan jaringan 4-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik itu.

Dan kemenangan itu membolehkan Zaras FT membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan medal.

Pemain Evolution FT, Massaad Shah Sukri telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Presiden Kelab Bola Sepak Rimong Crocs United, Raymond Lori.

Sebanyak 40 pasukan dari bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Saratok dan daerah lain telah menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Pandelela rangkul gangsa
Next: Sarawak tampil cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.