Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dart, menyumpit satukan peserta Sarawak dan Indonesia di Daro
  • SUKAN

Dart, menyumpit satukan peserta Sarawak dan Indonesia di Daro

Utusan Sarawak 3 hours ago
UNTUK KENANGAN.…Ahmad Johnie merakam kenangan bersama para peserta Double Darts Sarawak Close Challenge dan Pertandingan Menyumpit Berpasukan Terbuka Sarawak Piala YB Ahmad Johnie (P207 Igan) sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro 2026, hari ini.

DARO: Gabungan sukan moden dart dan sukan warisan menyumpit berjaya menghimpunkan peserta dari seluruh Sarawak serta Indonesia dalam Double Darts Sarawak dan Pertandingan Menyumpit Berpasukan Terbuka Sarawak Piala YB Ahmad Johnie.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, penganjuran kejohanan yang menggabungkan sukan moden dan sukan warisan itu merupakan satu inisiatif unik dalam memartabatkan budaya tempatan sambil meraikan minat masyarakat terhadap aktiviti sukan.

Menurutnya, sukan bukan sahaja menjadi medan untuk mempamerkan bakat dan kemahiran, malah berperanan sebagai jambatan perpaduan yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan umur.

“Penyertaan yang memberangsangkan dari seluruh Sarawak serta kehadiran peserta dari Indonesia membuktikan sukan mampu menjadi medium terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan persahabatan.

PARA PESERTA....Berentap bagi merebut kejuaraan serta Piala YB Ahmad Johnie dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

“Pada masa sama, kejohanan ini turut mencapai objektif untuk menarik penyertaan dari pelbagai kawasan, mempromosikan daerah Daro serta mengukuhkan hubungan antara peserta dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Double Darts Sarawak Close Challenge dan Pertandingan Menyumpit Berpasukan Terbuka Sarawak Piala YB Ahmad Johnie (P207 Igan) sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro 2026, hari ini.

Katanya, program seumpama itu wajar diteruskan dan diperkasakan pada masa hadapan kerana bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah membantu memelihara warisan budaya serta memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan generasi.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan penyertaan 60 pasukan yang berentap bagi merebut kejuaraan serta Piala YB Ahmad Johnie dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin akhiri kemarau 18 tahun dengan bergaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.