Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dart: 105 pasukan berentap rebut juara
  • SUKAN

Dart: 105 pasukan berentap rebut juara

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERTANDINGAN Dart Beregu Tertutup Sarawak yang berlangsung pada penghujung minggu ini di Dewan Suarah Sri Aman. Foto Simanggang Darters

SIMANGGANG: Sebanyak 105 pasukan bakal berentap bagi memburu gelaran kejuaraan pada Pertandingan Dart Beregu Tertutup Sarawak yang berlangsung pada penghujung minggu ini di Dewan Suarah Sri Aman.

Menurut pengerusi penganjur, James Victor berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 86 pasukan berentap bagi kategori lelaki beregu dan 19 pasukan bagi kategori wanita perseorangan.

“Penyertaan pasukan yang menyertai pertandingan kali ini amat menggalakkan, di mana penyertaan daripada pasukan dari Kuching, Limbang, Miri, Lingga, Saratok, Betong dan Sri Aman sendiri.

“Pertandingan dart tertutup Sarawak yang dianjurkan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan apabila sejumlah 105 pasukan terdiri daripada 86 pasukan lelaki dan 19 pasukan wanita yang menyertainya,” katanya.

James berkata Pertandingan Dart Beregu Tertutup Sarawak itu menyediakan hadiah yang lumayan menanti kepada para pemenang.

“Juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, naib juara RM1,200, tempat ketiga RM500 untuk kategori lelaki beregu, manakala kategori wanita perseorangan pula hadiah untuk juara RM300, naib juara RM200 dan tempat ketiga RM100,” katanya.

Tambahnya, adalah menjadi harapan dan sandaran penganjuran pada kali ini mendapat sambutan dan sokongan dan orang ramai dijemput untuk hadir menyaksikan Pertandingan dart tertutup Sarawak yang dianjurkan oleh Kelab Baling Damak Serumpun di Dewan Suarah Sri Aman bermula Sabtu sehingga Ahad ini.
Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jangkanya Lawas juara Kejohanan Gasing Tradisi Santai Aidilfitri
Next: Hoe Yean raih emas berganda Renang Terbuka Malaysia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.