Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daro bakal mempunyai ‘waterfront’, siap Mac 2027
  • TEMPATAN

Daro bakal mempunyai ‘waterfront’, siap Mac 2027

Utusan Sarawak 4 months ago

PERASMIAN....Abang Johari menyempurnakan majlis pecah tanah projek tebingan sungai Daerah Daro (Daro Waterfront) yang telah diluluskan di bawah Projek Rakyat dengan kos RM35 juta.  

DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melakukan upacara majlis pecah tanah projek tebingan sungai Daerah Daro (Daro Waterfront) yang telah diluluskan di bawah Projek Rakyat dengan kos RM35 juta.  

Dataran Tebingan Sungai ini adalah sepanjang 410 meter, meliputi kawasan seluas 1.7 hektar.

Skop projek ini adalah termasuk pembinaan struktur kawalan hakisan tebing sungai serta kemudahan landskap dan tepi laut, yang terdiri daripada pusat maklumat dan menara pemerhati. 

Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada April tahun ini dan dijangka siap menjelang Mac 2027, dengan jumlah tempoh pembinaan selama 24 bulan.  

Projek ini akan menyediakan tempat riadah kepada penduduk setempat mahupun pengunjung, di samping menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat. 

Terdahulu, Abang Johari merasmikan majlis pelancaran jambatan Batang Lassa dan bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daro. 

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; ADUN Daro Safiee Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: JHS nafi dakwaan PGA pembalakan haram di Saratok
Next: Toh Puan Fauziah sertai acara menembak pistol bersama BAKAT naungan PMTTD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.