Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya alami simptom teruk
  • TEMPATAN

Dapatkan rawatan segera sekiranya alami simptom teruk

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) menyaran mereka yang mempunyai komorbiditi untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom teruk Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) turut menggesa rakyat supaya berwaspada terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit komorbid.

“Peratusan besar kematian akibat Covid-19 adalah daripada mereka yang mempunyai sejarah komorbiditi seperti darah tinggi dan diabetes, selain warga emas.

“Jadi, berhati-hati dan lindungi ahli keluarga anda yang berada dalam golongan ini.

“Dapatkan rawatan segera jika mereka menunjukkan tanda-tanda simptom Covid-19,” katanya dalam catatan Facebook pada Ahad (2 Jan).

Antara simptom yang perlu diberi perhatian ialah batuk berpanjangan, keletihan yang melampau, loya dan muntah yang semakin teruk, cirit-birit, kesukaran bernafas, pernafasan cepat, hilang selera makan, bibir dan jari menjadi kebiruan, jarang buang air kecil, dan demam berpanjangan.

Ahli Parlimen Santubong itu turut mengingatkan rakyat supaya menjaga diri, keluarga dan negara.

Continue Reading

Previous: TANGGUH AKTIVITI LAUT
Next: Timbalan Ketua Menteri Dalam Lipatan Sejarah Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.