Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dana RM840,000 bina rumah panjang baharu
  • TEMPATAN

Dana RM840,000 bina rumah panjang baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Datu Penguang Manggil menyerahkan cek MRP kepada wakil JKKK Rumah Langat

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi Datu Dr Penguang Mangil berkata kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Bencana Negeri yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah meluluskan bantuan kewangan RM840,000 untuk penduduk yang ingin mendirikan rumah panjang baharu.

Katanya bantuan ini disalurkan untuk penduduk yang terjejas setelah rumah panjang mereka musnah akibat kebakaran Beliau memaklumkan demikian ketika mengadakan sesi randau bersama penduduk Rumah Langat anak Anthony Collins di Nanga Majang Tinjar.

Dalam pada itu Penguang menegaskan bahawa tahun lepas beliau juga pernah menyalurkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM85,000 kepada Rumah Langat bagi menyediakan persiapan untuk pembinaan rumah panjang mereka.

“Untuk kawasan ini projek-projek rakyat iaitu projek bekalan elektrik luar bandar (RES N76 Fasa-1) juga sedang dilaksanakan dan kerja-kerja baik pulih jalan pula akan bermula tidak lama lagi,” ujarnya.

Pada majlis tersebut Penguang turut menyerahkan cek peruntukan MRP berjumlah RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Langat dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Turut hadir Pegawai Daerah Beluru, Alfred Geling serta ketua-ketua masyarakat lain.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Manfaatkan penjenamaan HoB
Next: V-SAT beroperasi dua bulan lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.