Dana kekayaan berdaulat untuk generasi akan datang 

Facebook
WhatsApp

TEBEDU:Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak akan membawa pelbagai manfaat khususnya untuk generasi akan datang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada, berkata dana itu akan disimpan untuk masa depan generasi muda di samping digunakan bagi perbelanjaan mengurus Sarawak nanti. 

“Penubuhan dana ini membuktikan keupayaan kerajaan Sarawak yang mempunyai visi dan misi untuk menjamin masa hadapan rakyat negeri ini terjaga. 

“Oleh itu, saya berharap agar dana ini juga akan membantu anak Sarawak untuk meneruskan pendidikan secara percuma,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Rami Krismas 2022 di Rumah Panjang Kampung Daha Kisau di sini.

Program sempena Hari Krismas itu dianjurkan oleh Unit Saberkas DUN Tebedu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daha Kisau dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM) Wai FM Bidayuh.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian, Kaunselor Asem Linkin, Pengurus Wai FM, Monica Midi mewakili Pengarah RTM Sarawak dan Temenggong Bidayuh Bahagian Serian Henry Bujang Senden.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Keterangan gambar

MESRA… Dr. Simon Sinang Bada tiba Rumah Panjang Kampung Daha Kisau di Tebedu semalam.

TERIMA KASIH… Dr. Simon Sinang Bada menerima cedera hati daripada pihak penganjur Rami Krismas 2022 di Rumah Panjang Kampung Daha Kisau di Tebedu, semalam.